PERUTUSAN WALIKOTA



Bissimillahirahmanirahim

Assalamualaikum Wrt...


Terlebih dahulu terima kasih saya ucapkan kepada pihak Majlis Daerah Dalat dan Mukah kerana telah memberi peluang kepada saya menyampaikan amanat sepatah dua kata dalam ruangan Laman Web Majlis Daerah Dalat dan Mukah ini.

Saya selaku Walikota Majlis Daerah Dalat dan Mukah berasa sangat bangga sekaligus mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Majlis di atas lahirnya sebuah Laman Web Majlis yang berinformatif dan pertama ini.

Dengan adanya Laman Web seperti ini maka, kita berharap orang awam dapat memperolehi maklumat yang lebih jelas, terus, tepat dan cepat tentang fungsi dan perkembangan pembangunan yang dijalankan oleh pihak Majlis ini semenjak ia ditubuhkan.

Selama tempoh saya berkhidmat di Daerah Mukah ini didapati MDDM telah banyak membuat pembangunan mengikut arus perubahan keperluan semasa. Umpamanya yang paling ketara ialah pembentukan dua buah bandar di Mukah iaitu Bandar Lama Mukah dan Bandar Baru Mukah. Selain itu, Mukah dan kawasan cawangan MDDM berubah wajah apabila pelbagai aktiviti pengindahan alam sekitar diadakan. Penyediaan kemudahan-kemudahan insfrastruktur, frasarana dan kemudahan-kemudahan lain yang sangat diperlukan oleh penduduk dengan baik dan selesa. Ditambah pula dengan kerjasama padu masyarakat, individu dan swasta di Mukah dan cawangan Majlis mengeratkan lagi hubungan Kerajaan dengan orang awam.

Tahniah dan syabas sekali lagi saya ucapkan kepada pihak Majlis serta pihak Kementerian di atas kejayaan projek IT bagi jabatan Kerajaan. Sesungguhnya dengan adanya projek seperti ini akan berjaya menjadikan kakitangan Kerajaan amnya menerima anjakan paradigma mengikut perubahan semasa.

Wassalam.

"BERSATU BERUSAHA BERBAKTI"

(ALI SUHAILI)
Walikota,
Majlis Daerah Dalat dan Mukah.