|
|---|
Selamat
Datang Perubahan
alaf baru mendesak kita untuk lebih peka dan berfikiran terbuka
kepada dunia yang lebih luas, tanpa sempadan dan berinformatif.
Atas kesedaran inilah, pihak kita, Majlis Daerah Dalat dan Mukah
menyahut seruan Kerajaan bagi menambahkan lagi golongan kakitangan
Kerajaan yang berinformatif melalui lahirnya Laman Web Majlis Daerah
Dalat dan Mukah yang pertama ini. Bersyukur kita ke hadirat Ilahi kerana dengan izin-Nya kita telab berjaya menghasilkan sebuah Laman Web Majlis Daerah Dalat dan Mukah untuk tujuan informasi kepada semua. Selaku Setiausaha Majlis Daerah Dalat dan Mukah mengucapkan Selamat Datang ke Laman Web MDDM serta dengan berbesar hati mengalu-alukan kedatangan tuan/puan ke Laman Majlis ini. Dengan adanya Laman Web seumpama ini diharap perundingan secara bersama dapat dilaksanakan dengan lebih cepat dan tepat. Sebagai agensi Kerajaan Tempatan yang berorientasikan perkhidmatan, maka wajarlah kami memenuhi kehendak dan aspirasi orang ramai. Tanggungjawab kami ialah untuk memberi kemudahan dan perkhidmatan yang lebih selesa dan mesra kepada orang ramai. Besarlah harapan pihak Majlis Daerah Dalat dan Mukah agar orang ramai dapatlah memberikan apa-apa idea yang bernas dan sesuai bagi tujuan perubahan dan faedah pembangunan bersama. Sesungguhnya keprihatinan anda amatlah dihargai. Begitu juga dengan kewujudan Laman Majlis ini. Semoga ianya akan memberikan faedah dan maklumat yang diperlukan oleh orang ramai secara terus dan tepat. Setiap pandangan dan kritikan yang membina serta positif amatlah diperlukan bagi kebaikan bersama. Akhir kata, tahniah dan syabas sekali lagi diucapkan kepada pihak Kementerian yang sentiasa peka dengan perkembangan dunia semasa. Melalui projek IT seperti ini, Kementerian pastinya dapat mewujudkan setiap agensi Kerajaan yang lebih berinformatif dan berteknologi sesuai dengan amanat pembentukan Wawasan 2020. Sekian, Terima Kasih "BERSATU BERUSAHA BERBAKTI" (GUSTIAN B. HJ. DURANI) Setiausaha, Majlis Daerah Dalat dan Mukah. |