PIAGAM PELANGGAN


Melayan aduan yang realistik dalam tempoh tidak melebihi tiga (3) hari.
   
Permohonan lesen akan diproses dalam masa dua (2) minggu sebaik sahaja diluluskan oleh Jawatankuasa Perlesenan.
   
Permohonan pertukaran hak milik harta akan diproses dalam masa satu (1) hari dengan syarat ianya dipersetujui oleh semua pihak yang terlibat dan disahkan oleh Ketua Masyarakat / Kaum.
   
Premis makanan/minuman dan runcit akan diperiksa secara berkala untuk menentukan tahap kebersihan makanan dan premis sentiasa terkawal dan selamat.
   
Kelulusan pelan bangunan akan dibuat dalam masa empat belas (14) hari bekerja sebaik sahaja ianya dilulus oleh Jawatankuasa Perancangan Am, Kerja dan Trafik dengan syarat ianya terlebih dahulu diluluskan oleh Jabatan berkenaan.
   
Pembayaran pesanan barang/kerja akan dibayar dalam tempoh lima (5) hari sebaik sahaja semua butiran pembayaran diterima dengan syarat barang sampai di Pejabat dengan elok dan kerja-kerja siap mengikut spesifikasi.
   
Permohonan kutipan sampah yang baru akan diproses dalam masa satu (1) minggu dalam kawasan perkhidmatan kutipan yang sedia ada.
   
Setiap urusan pinjaman dan pemulangan buku akan dilakukan dalam tempoh tiga (3) minit kecuali waktu sesak.