|
|---|
Pertama sekali, pihak Majlis Daerah Dalat dan Mukah mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah di atas kejayaan perlaksanaan MS ISO 9002:1994 kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak. Tahniah juga diucapkan kepada Majlis Daerah Marudi, Majlis Daerah Limbang dan Majlis Daerah Padawan kerana berjaya dalam menjalankan MS ISO 9002:1994 ini. Kejayaan Majlis Daerah Dalat dan Mukah dalam menjalankan MS ISO 9002 : 1994 yang telah diamanahkan oleh Kementerian Alam Sekitar dan Kesihatan Awam mulai tahun 1997 adalah hasil dari kerjasama yang padu daripada semua anggota Majlis Daerah Dalat dan Mukah,orang awam dan para subkontraktor samada secara langsung ataupun tidak langsung. Saling berkaitan di antara setiap bahagian dalam Majlis ini telah membuahkan hasil yang baik sehingga Majlis Daerah Dalat dan Mukah telah berjaya merangkul atau menerima anugerah Perakuan Persijilan MS ISO 9002:1994 daripada MAMPU, seperti yang telah diterima oleh Setiausaha sendiri di majlis rasmi yang diadakan di Auditorium Perpustakaan Negeri Sarawak, Kuching. Majlis Daerah Dalat dan Mukah telah mewakilkan beberapa orang pegawai yang terlibat termasuk Setiausaha sendiri untuk menerima anugerah tersebut, di samping telah diberi penghargaan menyertai pameran bersama dengan pelbagai Jabatan Kerajaan dari pelbagai daerah dan bandar. Majlis rasmi penganugerahan ini telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tan Sri Dato' Samsudin bin Osman , Ketua Setiausaha Negara pada hari Isnin 12 Febuari 2001 bertempat di Auditorium Perpustakaan Negeri Sarawak, Kuching. Untuk pengetahuan umum, laman Majlis kali ini ingin mengemukakan serba sedikit mengenai para pegawai dan bahagian-bahagian tertentu Majlis yang terlibat secara langsung dalam menjayakan MS ISO 9002:1994 kali ini, jadual baru pungutan sampah di kawasan bandar Mukah, Daerah Dalat, Daerah Kecil Balingian dan Pekan Selangau/Stapang, prosedur-prosedur MS ISO 9002:1994 serta kronologi MS ISO 9002:1994. Saling kaitan antara pelbagai bahagian dari setiap cawangan Majlis ini telah menjadi pendorong utama kejayaan pelaksanaan MS ISO 9002:1994 kali ini. Berikut dinyatakan (dalam bentuk jadual) bagaimana perkaitan ini telah membuahkan hasil yang baik ke atas persijilan tersebut dilaksanakan.
|