MUKAH-Dalam usaha memberikan perkhidmatan yang berkualiti sejajar dengan visi Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak; A World Class Civil Service, Majlis Daerah Dalat & Mukah telah menganjurkan Kursus Effective Work Habits - A
Mindset Shift In State Civil Service. Ceramah dua hari ini telah disampaikan oleh Pn Melissa Imaan Ong daripada RJ Consultant. Selain Majlis Daerah Dalat & Mukah, majlis daerah lain yang turut menghantar peserta ialah Majlis Daerah Matu & Daro, Majlis Daerah Kanowit dan Majlis Daerah Luar Bandar Sibu.