FUNGSI DAN OBJEKTIF


 

OBJEKTIF MDDM

  • Membina insan yang akur, proaktif, bersifat mulia dan minda terbuka.
  • Memberi kepuasan dan hubungan intim di antara majikan, pekerja dan pembayar cukai.
  • Memberi perkhidmatan yang mesra, effisien, ideal dan saksama.
  • Membina kemudahan yang selesa, teratur, bersih dan bermutu.
  • Membina pembangunan yang terancang, teratur dan mesra alam.

FUNGSI MDDM

Sebagai sebuah agensi Kerajaan Tempatan, Majlis Daerah Dalat dan Mukah juga memikul tanggungjawab dalam memastikan kawasan bandar dan pekan-pekan kecil daerah Mukah serta kawasan liputan cawangan MDDM ini seperti Oya/Dalat, Balingian dan Selangau/Stapang mendapat pembangunan sejajar dengen matlamat Dasar Ekonomi Baru.

Di samping itu juga, Majlis ini memastikan setiap projek utama untuk pembangunan diutamakan dan diberi perhatian serius agar setiap projek utama ini berjalan mengikut jadualnya yang tertentu. Antara lain projek utama MDDM ini ialah seperti:-

  • Pembangunan Jalanraya dan Parit - bagi membekalkan sistem infrastruktur yang selesa dan baik kepada penduduk setempat dan para pelancong samada dari luar atau dalam negeri serta mempunyai saliran perparitan yang lebih baik bagi mengelak akibat banjir kilat dan masalah-masalah lain yang berkaitan.
  • Pembinaan Pasar dan Pusat Penjaja - membantu menaiktaraf ekonomi penduduk yang bergantung kepada hasil jualan samada dari produk makanan ataupun bukan makanan.
  • Penyediaan Tandas Awam - membekalkan kemudahan asas bagi penduduk kawasan MDDM tidak kira samada di kawasan ibu pejabat ataupun di cawangan-cawangan kecil MDDM.
  • Penyediaan Taman dan Rekreasi - mewujudkan masyarakat yang sihat dan aktif serta memberi peluang kepada pengunjung taman dan rekreasi merehatkan fikiran dan bersantai.
  • Penyediaan Tempat Letak Kereta - membantu mengatasi masalah kekusutan di atas jalanraya.
  • Penyediaan Perkhidmatan Perpustakaan - mewujudkan masyarakat yang berilmu dan berintelektual dengan adanya buku-buku atau apa-apa media cetak berinformasi yang boleh rnerangsangkan fikiran kreatif dan inovatif masyarakat sesuai dengan perubahan semasa.

Oleh yang demikian, MDDM sama ada di ibu pejabat Mukah atau cawangan kecilnya yang lain menjalankan tugas mengikut bahagian kecil masing-masing.

>>Seterusnya